Tuesday, September 18, 2012
Thursday, September 13, 2012
Video Ikan Kekek
Jom layan Lagu "Ikan Kekek" ye adik-adik ^^
Dengarkan lagu "Kerete Kecil Warna Merah"
Dengarkan lagu "Kerete Kecil Warna Merah"
Wednesday, September 12, 2012
Cerita Kita
Al-kisah, di sebuah planet yang jauh di tengah angkasa bernama planet Namet Don Kepala Berurat, wujudlah sebuah negeri Kelas Pemulihan satu dalam dua yang di dalamnya didiami 3 putera dan 18 puteri dan diketuai oleh Sultan Encik Mohd Rosle Said. Teraju pemerintahannya dipegang oleh Cammissioner Adibah Jumaat yang sangat berdedikasi dan yang sering mengarahkan rakyatnya agar tidak berbuat kekacauan dalam negeri.
Timbalannya Sungai Layaq Sri Generator Mohd Zakwan mempunyai hubungan baik dengan rakyat jelata dan kadangkala pula menyertai mereka dalam membuat kekacauan. Maka, hiduplah rakyat jelata dengan aman dan harmoni di bawah perlindungan orang lasykar.
Pada suatu hari, timbullah khabar angin yang telah mencetuskan kemarahan dalam hati rakyat jelata. Syahadan berlakulah perang saudara yang sengit dan berlanjutan selama hampir dua purnama. Wira tempur pendekar Rahmad atau dikenali sebagai ubi manis telah dipanah dengan anak panah, besar kepalanya, maka jatuhlah kesakitan dia satu purnama.
Atas persetujuan ramai, semua pihak yang bertelagah telah bermusyawarah dengan membaca emas tiga bahtera dan harta. Benda seperti golok, pisau menoreh dan lain-lain lagi. Arakian, menderulah tangis sekalian rakyat sehingga bahlah seluruh negeri. Hatta termeterailah Perjanjian Damai Dunia 2012.
Maka setiap hari adalah dua orang yang telah melakukan kerja-kerja itu dibawah pengawasan lasykar-lasykar. Panglima lasykar utama tidak lain dan tidak bukan Batin Utama Berbonggol Farhan Yusof amatlah sibuk tiadalah waktu seminit dia itu berada diam kerana asyik ke sana ke mari untuk fotostat kertas bersama timbalan lasykarnya Hazirah Jamil.
Adapun dua orang lasykar ini amatlah gemar menjaga pintu gerbang negeri-negeri iaitu Agung Proyoka Amirah Abad dan temannya Sang Gayat Gendang Gendut Tali Kecapi. Naainz Jamil sedang antara ramai-ramai lasykar ini, seorang yang paling ‘berjurus’ ialah Ratu Beg Carlo Rino Shila Roslin kerana dia seorang yang pendiam.
Adapun yang menjaga khazanah negeri kilang biskut marmar carey iaitu Nur Khalidah Adam amat bagus menjalankan tugasnya. Parajurit Sabak Bernam Selangor Nur Nathirah Ghazali dan Nor Aqlili Baharudin iaitu pakar rawatan sakit jiwa negeri bersama anaknya masing-masing Indera Dewa Mambang Siti Nabilah dan Indera Dewa Majumia Nur Izyani.
Adapun seorang pahlawan yang sangat kuat. Adapun daging serati menjadi makanan kegemaran dua sahabat anak dara selamat panjang gigi tajam Farah Aina dan penari padang pasir Raden Kasai Norul Fatihah. Daging serati seringlah habis berubah mengikut zaman dan yang kekal abadi Yang Maha Esa. Kembali, kembalilah ke pangkal jalan.
Begitulah hikayat Kelas Pemulihan yang hidup hampir 5 setengah purnama.
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan orang yang sudah meninggal. Peace No War ; )
Perkataan KV+KV
Hai adik-adik. Mari kita baca perkataan ini bersama-sama. Selamat mencuba :)
Anggota badan from Naz Ma
Thursday, September 6, 2012
Puisi Untuk Guru
Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
(USMAN AWANG, 1979)
Penggunaan Pantun dalam p&p Kelas Pemulihan
Pantun 4 Kerat
Cik Minah membeli cengkih,
Untuk mengulai buah peria,
Lembu ketawa terkekeh-kekeh,
Kerana harimau
mengubat manusia.
Ada sebiji buah mangga,
Terletak di bawah tikar usang,
Termenung kucing
di atas tangga,
Melihat ayam
mengejar musang.
Ramai sungguh budak lelaki,
Sedang duduk berpoya-poya,
Termenung harimau di atas kerusi,
Bila singa
mencari kutu manusia.
Semut pergi mengambil gula,
Gula sedang berlonggok-longgok,
Kini kambing
ketawa pula,
Bila gajah
berlenggang-lengguk.
Si Ali pergi ke sempadan hutan,
Untuk mencari nafkah hidup,
Buaya terlentang kesakitan,
Kerana kancil
mengurut perut.
TEMA : Pantun 4 Kerat
TAJUK : Pantun
Jenaka
KEMAHIRAN : Pengamatan
SASARAN : Murid Pemulihan Tahun 2
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN :
- Guru membaca sepintas lalu pantun tersebut.
- Guru meminta murid mencari sekurang-kurangnya 11 perkataan nama binatang yang tersenarai di dalam pantun tersebut.
- Murid akan mewarnakan perkataan yang dijumpai dan menulis semula di dalam buku latihan.
- Sebagai pengukuhan, murid melukis gambar binatang berdasarkan perkataan nama binatang yang mereka jumpai.
Contoh Set Induksi
Berikut merupakan beberapa contoh set induksi yang boleh digunakan oleh guru pemulihan untuk mengajar kemahiran huruf vokal a, e, i, o, u kepada murid-murid.
1. Tayangan Video
Selamat Menonton
2. Gambar
Huruf vokal 'u'
3. Pengamatan
Set Induksi
Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah merancang set induksi yang dapat menarik minat murid-murid dan merangsang perhatian mereka untuk belajar. Berikut merupakan definisi set induksi yang dikemukakan oleh beberapa tokoh.
Omardin Ashaari (1997)
Set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987)
Set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan murid anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi pra-pengajaran.
Mok Song Sang (2001)
Set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di mana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada murid-murid dan menanamkan ke dalam fikiran murid-murid bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menimbulkan minat dan menggerakkan murid supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
Omardin Ashaari (1997)
Set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ee Ah Meng (1987)
Set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan murid anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi pra-pengajaran.
Mok Song Sang (2001)
Set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di mana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada murid-murid dan menanamkan ke dalam fikiran murid-murid bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menimbulkan minat dan menggerakkan murid supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
Murid Pemulihan?
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
Menurut A.E. Tanseley dan R. Culliford (1977)
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.
Mengikut Brennan (1974)
Mereka ialah murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai terencat akal. Mereka ini kadangkala diberi label pencapaian rendah yang membawa erti bahawa murid-murid ini memperlihat tarat pencapaian yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya pada peringkat persekolahan itu.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
Mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu, bersifat negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.
J.E Collins (1961)
Pendidikan Pemulihan?
Buku Panduan Am
KBSR (1982)
Pemulihan dalam
KBSR sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid
yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia merupakan aktiviti alternatif yang
dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari satu-satu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam program biasa dan
pemulihan ini adalah ganti kepada aktiviti biasa itu untuk menolong murid
menguasai kemahiran berkenaan.
Mengikut Sharifah
Alwiah Alsagoff (1983, 371)
Pendidikan
pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan
pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah
khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara
sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam
darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Ishak Harun &
Koh Boh Boon (1983, 191)
Perkhidmatan khas
untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah
pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)