CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 6, 2012

Pendidikan Pemulihan?

Buku Panduan Am KBSR (1982)

Pemulihan dalam KBSR sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia merupakan aktiviti alternatif yang dijalankan apabila didapati seseorang murid gagal mempelajari satu-satu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam program biasa dan pemulihan ini adalah ganti kepada aktiviti biasa itu untuk menolong murid menguasai kemahiran berkenaan.

Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983, 371)

Pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983, 191)

Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.

0 comments:

Post a Comment