CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 13, 2012

Video Ikan Kekek


Jom layan Lagu "Ikan Kekek" ye adik-adik ^^



Dengarkan lagu "Kerete Kecil Warna Merah"



Wednesday, September 12, 2012

Cerita Kita




HIKAYAT KELAS PEMULIHAN DALAM DUA

Al-kisah, di sebuah planet yang jauh di tengah angkasa bernama planet Namet Don Kepala Berurat, wujudlah sebuah negeri Kelas Pemulihan satu dalam dua yang di dalamnya didiami 3 putera dan 18 puteri dan diketuai oleh Sultan Encik Mohd Rosle Said. Teraju pemerintahannya dipegang oleh Cammissioner Adibah Jumaat  yang sangat berdedikasi dan yang sering mengarahkan rakyatnya agar tidak berbuat kekacauan dalam negeri.




Timbalannya Sungai Layaq Sri Generator Mohd Zakwan mempunyai hubungan baik dengan rakyat jelata dan kadangkala pula menyertai mereka dalam membuat kekacauan. Maka, hiduplah rakyat jelata dengan aman dan harmoni di bawah perlindungan orang lasykar.
Pada suatu hari, timbullah khabar angin yang telah mencetuskan kemarahan dalam hati rakyat jelata. Syahadan berlakulah perang saudara yang sengit dan berlanjutan selama hampir dua purnama. Wira tempur pendekar Rahmad atau dikenali sebagai ubi manis telah dipanah dengan anak panah, besar kepalanya, maka jatuhlah kesakitan dia satu purnama.


Atas persetujuan ramai, semua pihak yang bertelagah telah bermusyawarah dengan membaca emas tiga bahtera dan harta. Benda seperti golok, pisau menoreh dan lain-lain lagi. Arakian, menderulah tangis sekalian rakyat sehingga bahlah seluruh negeri. Hatta termeterailah Perjanjian Damai Dunia 2012.
Adalah pula negeri Bezita, Mak Lampir Farah Ain setiap minggu mengutip cukai kepala daripada rakyat negeri. Maka ramailah rakyat terlupa membayarnya dan kadang kala bendahari sendirilah yang terlupa mengutip cukai. Maka gembiralah sekalian rakyat jelata. Adapun peringkat kerajaan telah mengarahkan rakyatnya berbuat kerja kebajikan.
Maka setiap hari adalah dua orang yang telah melakukan kerja-kerja itu dibawah pengawasan lasykar-lasykar. Panglima lasykar utama tidak lain dan tidak bukan Batin Utama Berbonggol Farhan Yusof amatlah sibuk tiadalah waktu seminit dia itu berada diam kerana asyik ke sana ke mari untuk fotostat kertas bersama timbalan lasykarnya Hazirah Jamil.
Adapun dua orang lasykar ini amatlah gemar menjaga pintu gerbang negeri-negeri iaitu Agung Proyoka Amirah Abad dan temannya Sang Gayat Gendang Gendut Tali Kecapi. Naainz Jamil sedang antara ramai-ramai lasykar ini, seorang yang paling ‘berjurus’ ialah Ratu Beg Carlo Rino Shila Roslin kerana dia seorang yang pendiam.
Adapun yang menjaga khazanah negeri kilang biskut marmar carey iaitu Nur Khalidah Adam amat bagus menjalankan tugasnya. Parajurit Sabak Bernam Selangor Nur Nathirah Ghazali dan Nor Aqlili Baharudin iaitu pakar rawatan sakit jiwa negeri bersama anaknya masing-masing Indera Dewa Mambang Siti Nabilah dan Indera Dewa Majumia Nur Izyani.
Adapun seorang pahlawan yang sangat kuat. Adapun daging serati menjadi makanan kegemaran dua sahabat anak dara selamat panjang gigi tajam Farah Aina dan penari padang pasir Raden Kasai Norul Fatihah. Daging serati seringlah habis berubah mengikut zaman dan yang kekal abadi Yang Maha Esa. Kembali, kembalilah ke pangkal jalan.
Begitulah hikayat Kelas Pemulihan yang hidup hampir 5 setengah purnama.




Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan orang yang sudah meninggal. Peace No War ; )

Perkataan KV+KV

Hai adik-adik. Mari kita baca perkataan ini bersama-sama. Selamat mencuba :)