CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 6, 2012

Murid Pemulihan?

Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif. 

Menurut A.E. Tanseley dan R. Culliford (1977)

Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa. 

Mengikut Brennan (1974)

Mereka ialah murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebagai terencat akal. Mereka ini kadangkala diberi label pencapaian rendah yang membawa erti bahawa murid-murid ini memperlihat tarat pencapaian yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya pada peringkat persekolahan itu.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)

Mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran tertentu, bersifat negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

J.E Collins (1961)

Murid pemulihan khas ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau mengira. 




Gambar di bawah merupakan aktiviti murid pemulihan di dalam kelas.









0 comments:

Post a Comment