Pantun 4 Kerat
Cik Minah membeli cengkih,
Untuk mengulai buah peria,
Lembu ketawa terkekeh-kekeh,
Kerana harimau
mengubat manusia.
Ada sebiji buah mangga,
Terletak di bawah tikar usang,
Termenung kucing
di atas tangga,
Melihat ayam
mengejar musang.
Ramai sungguh budak lelaki,
Sedang duduk berpoya-poya,
Termenung harimau di atas kerusi,
Bila singa
mencari kutu manusia.
Semut pergi mengambil gula,
Gula sedang berlonggok-longgok,
Kini kambing
ketawa pula,
Bila gajah
berlenggang-lengguk.
Si Ali pergi ke sempadan hutan,
Untuk mencari nafkah hidup,
Buaya terlentang kesakitan,
Kerana kancil
mengurut perut.
TEMA : Pantun 4 Kerat
TAJUK : Pantun
Jenaka
KEMAHIRAN : Pengamatan
SASARAN : Murid Pemulihan Tahun 2
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN :
- Guru membaca sepintas lalu pantun tersebut.
- Guru meminta murid mencari sekurang-kurangnya 11 perkataan nama binatang yang tersenarai di dalam pantun tersebut.
- Murid akan mewarnakan perkataan yang dijumpai dan menulis semula di dalam buku latihan.
- Sebagai pengukuhan, murid melukis gambar binatang berdasarkan perkataan nama binatang yang mereka jumpai.
0 comments:
Post a Comment