CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 6, 2012

Set Induksi

Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlulah merancang set induksi yang dapat menarik minat murid-murid dan merangsang perhatian mereka untuk belajar. Berikut merupakan definisi set induksi yang dikemukakan oleh beberapa tokoh. 

Omardin Ashaari (1997)


Set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu.


Ee Ah Meng (1987)


Set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan murid anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi pra-pengajaran.


Mok Song Sang (2001)


Set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di mana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.


Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran di mana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru menyampaikan ideanya kepada murid-murid dan menanamkan ke dalam fikiran murid-murid bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menimbulkan minat dan menggerakkan murid supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.


0 comments:

Post a Comment